NADI Mahir Masak Minggu 4
13 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2025 (Selasa), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak untuk minggu yang keempat. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi.
Untuk kelas minggu keempat ini, para peserta akan diajar tentang cara pembuatan kopi espresso. Espresso adalah minuman kopi yang berasal dari Itali. Ia dihasilkan dengan mengekstrak biji kopi yang sudah dikisar melalui penyemburan air panas di bawah tekanan tinggi bagi menghasilkan cecair yang agak pekat. Para peserta dikehendaki untuk menyediakan sendiri bahan-bahan yang akan digunakan untuk kelas ini manakala peralatan yang akan digunakan untuk pembuatan kopi espresso ini pula akan disediakan oleh NADI Kampung Jeriah.
Diharap kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: